Selasa, 17 Februari 2009

ANIRA

B ermulalah sebuah episod kehidupan Anira yang bertemu dengan Aniza ketika menghadiri pendaftaran kemasukan pelajar Tingkatan Satu.Pertemuan itu mula merapatkan Anira dan Aniza tambahan pula mereka di tempatkan dalam kelas yang sama.Dari sejak itu mereka mula mengenali antara satu sama lain.Mereka banyak menghabiskan masa bersama dengan menceritakan tentang kehidupan masing-masing dan masalah yang dihadapinya.
Persahabat mereka itu kekal hingga ke Tingkatan Dua.Namun mereka dipisahkan dengan kedudukan kelas yang berlainan.Bagaimana pun mereka tetap bersama hinggalah perasaan iri hati Anira terhadap Aniza timbul kerana Aniza dilantik sebagai pengawas dan semakin ramai lelaki yang ingin mengenalinya.Anira begitu marah kerana dia merasakan Aniza memiliki semua yang dia inginkan.Anira mula menjauhkan dirinya dari Aniza kerana menganggap Aniza sebagai pesaingnya.Dia mula mengatakankan bahawa Aniza berubah,walhal dia tidak dapat menerima apa yang telah berlaku.
Tanpa diduga perasaan itu hilang dan membuatkan Anira merasa bersalah kerana bersikap demikian terhadap sahabatnya.'Apa yang telah aku lakukan ini?',luahan Anira ketika mengenangkan perbuatannya itu.
Keesokan harinya, Anira bertemu dengan sahabatnya di kantin sekolah.
“Aniza!”
“Oh, ko rupanya Anira, nak apa ko panggil aku ini? ada hal apa?”
“Aniza, sebenarnya aku nak mintak maaf dengan ko sebab aku bersikap macam itu hari itu!”
“Oh,itu je ke yang ko nak cakap dengan aku sampai terjerit-jerit panggil nama aku!”
“Yelah, kenapa aku dah tak boleh nak panggil nama ko lagi?”
“Bukan itu maksud aku!”
“Habis tu?”
“Kot ye pun bagilah salam dulu,ni main serbu je.Oklah aku maafkan ko Anira ,kolah sahabat aku!”
“Hehe..maaflah.Lupa pulak nak bagi salam.Eh,jom pergi makan,aku laparlah!dah kebulur sangat ni.”
“Eh, lupa pulak! Ah, jomlah!”
Selepas kejadian hari itu,mereka mula rapat kembali tetapi tidak serapat dulu kerana masing-masing punya urusan yang perlu diselesaikan.Dari sejak itu,Anira lebih rapat dengan Fariza berbanding dengan Aniza sahabatnya sendiri.Anira punya beribu sebab mengapa dia lebih rapat dengan Fariza berbanding sahabatnya sendiri.Walaupun Fariza pernah bermasam muka dengan Anira dahulu tetapi dia lebih memahami diri Anira berbanding Aniza sendiri.
Semakin hari semakin rapat hubungan Anira dengan Fariza sampaikan Aniza mula merasakan seperti Fariza ingin merampas sahabatnya darinya.Aniza mula menunjukkan sikap tidak puas hatinya terhadap Anira dan Fariza.Setiap kali bila Anira hendak berbual dengan Fariza mesti Aniza cepat-cepat menghalang.Anira mula merasa rimas dengan sikap sahabatnya itu tetapi dia hanya mampu mendiamkan diri.
Dan keesokan harinya…
“Fariza,ko perasan tak perubahan si Aniza?”
“Aku ingat aku sorang je yang perasan, rupanya ko pun perasan jugak perubahan si Aniza Mering tu?”
“Mahu aku tak nampak, asal aku nak cakap dengan ko je dia tepis.Geram jugak, rasa nak bedal je dia tapi pakkal kawan.”
“Ala ko bedal je dia, hehe…Dahlah berlagak macam Penolong Ketua Pengawas padahal pengawas biasa je,lainlah aku memang Penolong Ketua Pengawas.”
“Ko ni Fariza! diakan kawan kita,tak baik tau.”
“Ala janganlah marah sayang,aku gurau jelah.Ko ni baik sangatlah sebab tulah Geng Si Zimah tu selalu buat hal dengan ko sebab diaorang tahu ko takkan balas balik atas perbuatan diaorang terhadap ko!”
“Lah,Fazira ko kenalkan aku macam manakan?aku ni manalah suka layan sangat benda-benda macam tu.Biar orang buat jahat dengan kita tapi jangan kita yang buat jahat kat orang!Pasal Geng Zimah tu biarkan jelah,dah memang tu sikap dia,kita nak buat macam mana?”
“Yelah sayangku!”
“Ko ni Fazira ada-ada je,hehe…”
Kring!!!!Kring!!!!
Perbualan mereka terhenti seketika kerana deringan loceng yang menandakan pelajar perlu beratur untuk ke kelas masing-masing.
Seperti biasa jika ada sahaja pengumuman mesyuarat antara guru-guru mulalah para pelajar berpesta dan membuat hal masing-masing termasuklah Anira dan Fariza yang sibuk melayan kerenah budak lelaki di kelas mereka.Tanpa diduga layanan itu telah mencetus bibit-bibit cinta monyet antara Anif dan Anira yang baru sahaja putus cinta.Namun mereka malu untuk meluahkannya perasaan masing-masing.Atas kebijaksanan Fariza yang mengetahui tentang perasaan mereka mula mengatur rancangan bagi menyatukan mereka.
Berkat kesungguhan Fariza,akhirnya Anif dan Anira berjaya di satukan tanpa pengetahuan sesiapapun kerana mereka tidak mahu perkara itu heboh hingga ke pengetahuan guru.Tanpa diduga rahsia itu tidak bertahan lama kerana keakrapan Anif dan Anira begitu getara bagaikan pasangan kekasih.
Berita tentang Anif dan Anira telah pun sampai ke pengetahuan Geng Zimah yang begitu anti terhadap Anira dan begitu rapat dengan Anif. Zimah begitu cemburu kerana dia juga menaruh harapan terhadap Anif.
Dari sejak itu,Geng Zimah mula mengatur rancangan bagi memisahkan Anif dan Anira.Namun,Anif terlebih dahulu mengatur rancangan.Mereka terpaksa berpura-pura seperti telah pun berpisah.Rancangan mereka mengambil masa yang agak lama bagi menyakinkan Geng Zimah.Akhirnya Geng Zimah mempercayai mereka telah pun berpisah.
Satu bulan kemudian,keadaan kembali seperti biasa.Namun Anira terpaksa menahan penderitaan yang terpaksa berlakon dan menahan perasaan cemburunya ketika Anif melayani Geng Zimah dengan begitu mesra begitu juga pelajar-pelajar perempuan di dalam kelasnya.Sememangnya Anira perlu lebih bersikap positif menangani situasi itu.Tetapi sayang Anif tidak pernah mengambil tahu tentang perasaan kekasihnya itu yang terguris kerana sikapnya itu.Anira hanya mampu meluahkan perasaannya itu kepada sahabatnya Fariza dan Aniza.Hanya Fariza sahaja yang memahami perasaan sahabatnya itu berbanding Aniza.
Kebiasaanya mereka akan berkumpul di kantin sementara menunggu ketibaan masing-masing dan secara tiba-tiba,Anira menerpa ke arah Fariza yang terlebih dahulu sampai sebelumnya.Dengan keadaan Anira yang menangis tersedu-sedu,Fariza cuba menenangkan Anira dengan menanyakan apa yang telah berlaku.
“Anira apa yang dah berlaku ni?kenapa ko menangis?”
“Aku…aku dah tak tahan dengan dugaan seberatnya Fariza!”
“Lepas satu-satu dugaan yang aku kena tempuh.Ada pakwe pun macam tak de.”
“Sabar jelah Anira!nak buat macam mana pakwe ko tu memang hati batu!”
“Sabar aku pun ada tahapnya.Sampai kapan aku kena tanggung semua ni sorang-sorang.”
“Pakwe aku ni pulak bukannya nak faham aku.Langsung tak ambik peduli.”
“Nak buat macam mana dah tu pilihan ko!aku bukannya apa aku nak nasihatkan dia pun bukannya dia ambik point pun!”
“Dahlah tu jangan nangis lagi,nanti orang nampak apa pulak diaorang cakap.”
“Yelah-yelah!thanz sebab ko temankan aku.”
“Tak pe aku tak kisah ko kan sahabat aku.hehe…,we dah ar,jom gi beratur nanti kena marah pulak.”
Perbualan meraka terhenti sampai di situ sahaja.
Keadaan kembali seperti biasa.Hubungan Anif dan Anira kembali pulih malahan semakin mesra sampaikan ada yang mengelar mereka pasangan yang aidel.Tapi tanpa diduga Geng Zimah telah mempengaruhi fikiran Anif dengan mengatakan Anira ‘playgirl’ gara-gara ternampak akan tulisan yang tertulis di dinding dengan mengatakan “Iskandar love Anira”.Anif begitu marah lalu melepaskan kemarahannya kepada Anira.
Anira tidak tahu apakah puncanya sampaikan Anif begitu marah terhadapnya dan akhirnya Anira meminta Ariz untuk bertemu di blok pertanian di sekolahnya pada waktu rehat.
“Anif,kenapa dengan awak ni?Awak marah kat saya,eh?tapi apa salah saya?”
“Tak da apa-apalah!”
“Kalau tak da apa-apa kenapa awak tinggikan suara kat saya?kenapa awak ingat saya ni macam apa yang awak bayangkan?”
“Apa yang saya bayangkan?”
“Awak ingat saya ni playgirlkan?tu yang awak bayangkan sekarang betul tak?”
“Macam mana awak tahu?”
“Itu tak penting yang saya nak tahu betul ke awak menilai diri saya sebagai ‘playgirl’?”
“Ya memang pun!Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya bila orang cakap awak bercinta dengan Iskandar!”
“Sapa Iskandar tu?Saya tak pernah kenal pun dengan orang yang bernama Iskandar tu nikan lagi nak bercinta!Awak ingat saya je yang ada nama Anira kat dunia ni?”
“Manalah saya tahu awak kenal ke tidak.Saya kenal awak pun baru tahun ni.Tak pelah biar saya fikirkan dulu.”
“Emm..”
“Baiklah saya pergi dulu eh?bye..”
“Bye..”
Selepas Anif beredar,Fariza dan Aniza terus menghampiri Anira dan menanyakan tentang perbincangan mereka.
“Apa cer Anira?”,soal Fariza
“Hai…”
“Kenapa Anira?”,soal Aniza
“Dia cakap aku playgirl disebabkan Geng Si Zimah tu ternampak yang ada tulisan yang mengatakan ‘Iskandar love Anira’!Dia ingat aku je ke kat dunia ni nama Anira?”
“Hai aku tak fahamlah dengan Anif ni.Percaya sangat dengan Geng Si Zimah sengal tu”,keluh Fariza.
“Ala sabar jelah Anira”,jawab Aniza dengan senyum sinis.
Perbualan mereka terhenti tiba-tiba kerana Aniza dipanggil oleh guru kelasnya sementara Fariza dan Anira terus menuju ke kelas.
Sejak kejadian tu,Anira banyak menjauhkan diri dari Anif dan banyak memikirkan mengenai masalah itu.Setiap kali bila Anira memikirkan masalah itu air matanya akan jatuh tanpa henti hinggalah sampai satu saat dia mengalirkan air matanya tanpa henti dihadapan Fariza seperti bayi yang kehilangan ibunya.
Ketika mereka diarahkan ke perpustakaan,dengan tiba-tiba Haris menyapa Anira dan Fariza dari belakang.
“Anira kenapa muka ko nampak sedih je?”,soalnya kepada Anira.
“Tak da apa-apalah yang ko menyibuk hal Anira ni kenapa?”,jawab Fariza dengan marah.
“Taklah saja je,yang ko menyibuk pasal!Aku tanya kat Anira bukannya ko Fariza,yang ko jawab asal?”,balas Haris dengan marah.
“Suka hati akulah dia kawan aku,lagi pun dia tak da mood!Dahlah Anira jom kita pergi jangan layan mamat gatal ni”,jawab Fariza lagi.
Fazira menarik Anira untuk ke pustakaan.Kebiasaanya Fariza dan Anira akan mengambil tempat duduk yang berada dibelakang tetapi hari itu Anira meminta supaya mereka duduk di meja hadapan agar tidak bertembung denga Anif yang kebiasaanya akan mengambil tempat dibelakang.
Sedang asyik membaca buku,dengan tiba-tiba sahaja Haris muncul di meja mereka.Fariza begitu marah kerana dia menganggap Haris sebagai pengacau.Anira yang mampu tersenyum melihat gelagat mereka yang asyik bergaduh setiap kali bertemu.Oleh kerana tak nak sahabatnya bergaduh dengan si Haris,Anira berbual dengan Haris dengan menanyakan tentang kekasihnya.
Secara tiba-tiba,Anif muncul di depan pintu bersama dengan sahabatnya Fazrul lalu melalui meja yang diduduki oleh Anira dan Fariza.Wajah Anif berubah ketika terlihat Anira rancak berbual bersama Haris yang kenalinya sebagai playboy ataupun otak blue.
Anira hanya membisu seribu bahasa.Namun tanpa dia sedari,dia hampir sahaja mengalirkan air matanya di hadapan Haris dan Fariza.Secara tiba-tiba Anif dan sahabatnya Fazrul datang ke meja mereka.Fazrul segera mengambil kerusi dan diletakkannya di hadapan Anira.Lalu menyuruh Anif yang berada di belakang Anira supaya memujuk Anira yang berada di hadapan.
“Anif,pujulahlah makwe ko ni!”,sindir Fazrul.
“Yelah Anif pujuklah makwe ko ni,tak baik tau.Kalau ko tak nak pujuk biar aku yang pujuk.hehe..”,sambung Haris dengan menyakat.
Anif hanya diam membisu seribu bahasa begitu juga Anira,sehingga jeritan loceng yang menandakan waktu rehat memisahkan mereka.
Perkara itu berlarutan sehinggalah Zimah yang dulunya anti terhadap Anira menolongnya dengan memujuk Anif dengan mengatakan Anira tidaklah seperti yang dibayangkannya.Setelah Anif mendengar kata-kata Zimah,dia mula merasa bersalah terhadap Anira.Namun tidak semudah itu Anif akan meminta maaf terhadap Anira.Dah nama pun lelaki,ego tinggi.
Lama-kelamaan Anif dan Anira berbaik.Malahan mereka semakin mesra bagaikan merpati dua sejoli.Suatu hari,Anira bertemu dengan Anif untuk memberikannya sebentuk cincin yang telah lama dia miliki.Anif menerima cincin itu dengan hati yang lapang.Tapi kalau difikirkan tidak sepatutnya perempuan yang memberi cincin kepada lelaki tapi nak buat macam mana Anif seorang lelaki yang memiliki jenis hati batu dan tak romantik seperti Anira yang memiliki sifat romantik yang terlampau.
Semakin hari semakin terserlah kemesraan antara Anif dan Anira sehingga ada yang mencemburui kemesraan mereka itu.Tanpa diduga Aniza juga mencemburui kemesraan mereka.
Perubahan Aniza semakin getara apabila dia mula menghantar pesanan ringkas(SMS) kepada Anifdengan ayat-ayat yang agak jiwang.Anira mengetahui akan perbuatan sahabatnya itu,namun dia hanya menganggap perbuatan sabahatnya itu hanya sekadar gurau senda.Jika benar itu hanya gurau senda antara Aniza kepada Anif,tidak sepatutnyakan Aniza memberi gambarnya yang tidak memakai tudung kepada Anif di hadapan Anira.Apa maknanya itu?
Tanpa Anira duga,hari yang telah dia hadapi sebelum ini berulang kembali tanpa persedia.Dengan tiba-tiba,Anif menghantar pesanan ringkas(SMS) kepada Anira dengan menyatakan yang dia ingin memutuskan hubungan mereka tanpa alasan yang kukuh.Anira begitu terkejut dan kecewa sehingga air matanya yang ditahan jatuh tanpa henti.Anira begitu sedih hingga tidak dapat mengawal perasaannya yang seperti sebiji gelas yang jatuh ke lantai lalu berkecai.
Kebahagian yang selama ini Anira bina hancur disebabkan oleh perbuatan kekasihnya sendiri yang hanya mementingkan diri berbanding perasaannya.Bagi Anira,Anif adalah cinta dan racun dalam hidupnya yang dalam diam membinasakan dirinya sendiri.Bagi Anira,dia tidak mengharap apa-apa balasan mahupun apa pun,cuma sekadar cinta dan kasih sayang yang selama ini hilang dalam diri Anira.Anira hanya perlukan seorang lelaki yang mencintai dan dikasihi kerana sejak kecil Anira tidak memiliki kasih sayang dari seorang yang bergelar ‘AYAH’.Oleh kerana Anira dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia dan Anif telah berpisah,dia menuduh Aniza adalah punca segalanya sehingga Aniza membuat pertemuan antara dia,Anira dan Anif bagi membersihkan namanya.
“Anira,aku dengan Anif kawan je tak lebih dari apa yang ko bayangkan”,jelas Aniza.
“Emm..”
“Aniza ko dah puas hati aku dah putus dengan Anira.Bukan itu yang ko nak?”,kata Anif kepada Aniza.
“Apa?ko dengan Anira dah putus tapi kenapa?”,jawab Aniza dengan berpura-pura terkejut.
“Adalah takkan tu pun ko nak tahu?”,jawab Anif dengan marah.
“Tak dalah aku cuma nak tahu sebabnya tu je”,balas Aniza.
“Oklah dah tak ada apa-apa lagikan,kita anggap jelah perkara ni dah selesai”,sambung Aniza.
“Kita pun dah nak PMRkan tak payahlah couple-couple ni,menyusahkan je”,sambung Aniza lagi.
“Betul tu, tak payahlah couple-couple ni eh?”,balas Anif.
“Em…oklah aku bla dulu, Assalamualaikum”, balas Anira.
Anira hanya membisu seribu bahasa kerana dia menahan perasaan marahnya itu.Ketika Anira memasuki kereta dia terlihat Aniza dan Anif berdua-duaan memboncing basikal bersama-sama sambil bergurau senda.Anira yang melihat gelagat mereka begitu sedih dan cemburu namun apakan daya Anif tidak lagi menjadi miliknya.
Kadang-kadang Anira merasakan dirinya tidak begitu penting dalam hidup Anif.Mungkin perpisahan mereka ni berpunca dari Anira jugak yang pernah mengatakan dia ingin melepaskan Anif demi Aniza.Tapi jika Anif memahami Anira dengan lebih mendalam mungkin dia akan mengerti apa sebab Anira berbuat demikian tapi sayang Ariz bukan lelaki seperti itu.
Selepas dari kejadian itu Anira mengambil masa yang begitu lama untuk memulihkan dirinya utama hatinya yang begitu kecewa dengan Anif.Anira mula bangkit dengan kenangan pahit yang dilalui bersama Anif dahulu dan mengambil langkah pertama dengan menukar nombor handphonenya.Namun perubahan itu hanya seketika sahaja kerana Anira tidak berdaya melupakan Anif yang merupakan cinta pertamanya.
Sangkaan terhadap Aniza akhirnya terpadam apabila Anira mengetahui perkara sebenar.Mungkin ada betulnya tindakan ibu Anif yang menyuruhnya berpisah kerana inginkan Anira lebih menumpukan pada PMR yang bakal dihadapinya.Anira merasa begitu bersalah terhadap Anif kerana sebelum ini terlalu memaksanya.Tetapi tiap kali Anira menghantar SMS mahupun telefon,Anif seperti mengelak daripada menjawab.Kadang-kadang Anira merasakan Anif hanya mementingkan dirinya sendiri daripada menjaga hati Anira.Adakah kerana Anira terlalu memaksa Anif?.Itulah persoalan yang selalu bermain difikiran Anira.Adakalanya Anira terfikir alangkah baiknya dia tidak mengenali Anif ataupun mempunyai perasaan cinta mahupun sayang.
Dari sejak itu,Anira kerap mengalami sakit kepala yang teramat sakit.Anira menyangka sakit kepalannya itu adalah kerana terlalu memikirkan masalah yang dihadapinya.Anira akan mengelak sekira di ajak ke klinik bagi memeriksa kesihatannya kerana menganggap sakit kepalanya itu hanya sekadar sakit biasa.
Sampailah satu ketika Anira yang sibuk menjalani aktiviti di sekolah dengan tiba-tiba sahaja Anira jatuh dan tidak sedarkan diri.Pihak sekolah segera menghantarkan Anira ke hospital setelah didapati Anira tidak sedarkan diri.Sebaik sahaja tiba di hospital,Anira di tahan oleh pihak hospital kerana keadaannya yang agak kritikal agar dapat memantau keadaanya.Selepas tiga hari kemudian,Anira mula sedar dan doktor mengesahkan dia mengidap penyakit barah otak dan hanya mampu bertahan enam bulan sahaja jika tidak melakukan pembedahan secepat mungkin.
Dari sejak itu,Anira mula bergantung hidup dengan mengambil ubat yang di khaskan.Penyakitnya itu disorokkan dari pengetahuan sahabatnya utamanya Fariza dan Anif.Dia melakukan segala kerja tanpa bantuan sesiapa pun kerana dia tidak mahu orang melayani dia seperti orang sakit.
Kekerapan Anira yang mengambil ubatnya mengundang perasaan curiga Fariza terhadapnya.Tanpa pengetahuan Anira,Fariza mengambil sebiji ubat yang dimakan olehnya untuk mengetahui penyakit yang di hadapi sahabatnya itu.Alang terkejutnya apabila dia dapati Anira mengidap barah otak sebaik sahaja dia menanyakan jenis ubat itu di farmasi.Fariza memarahi Anira kerana tidak memberitahu tentang penyakit yang dihadapinya itu.
“Anira,sampai hati ko tak bagi tahu tentang penyakit ko.Aku ni bukan kawan ko ke?”,soal Fariza.
“Aku minta maaf Fariza aku bukan tak nak bagi tahu,tapi aku tak nak ko sedih.Aku harap sangat ko jangan bagi tahu sapa-sapa pun tentang penyakit aku ni utamanya Anif.”,jawab Anira.
“Baiklah demi ko aku sanggup buat apa je tapi jangan sesekali ko rahsiakan apa-apa dari aku”,jelas Fariza.
“Baiklah”,jawab Anira.
Sejak itu,Fariza begitu menjaga dan mengambil berat tentang kesihatan sahabatnya itu.Dia akan memastikan Anira mengambil ubatnya tepat pada waktunya.
Bila ada sahaja masa terluang,Anira akan mengisi dengan menulis luahan hatinya di dalam diari kesayangannya itu.
“seorang demi seorang orang yang aku sayang tinggalkan aku..mula-mula along,kemudian angah,lepas tu nenek,kemudiannya E-g dan sekarang Anif..orang yang paling bermakna dalam hidupku..sememangnya begitu susah untuk aku melepaskan ataupun melupakan dia namun bila ku kenang kembali akan kata-katanya tempoh hari,aku jadi begitu membenci dirinya..adakah mungkin benci aku itu sebenarnya cinta…meskipun dia ingin menganggap aku sebagai kawan,tapi aku tidak semudah itu aku akan menganggap diriku sebagai kawannya..bagi aku sudah tertutup pintu hatiku yang pernah dibuka waktu hanya untuk dia,tapi kini dia pergi dari hidupku dan terpaksa merelakannya walaupun aku tak mahu melepaskannya…aku cuma berharap sempat untuk meraikan hari lahirku buat kali yang terakhir dan aku berharap Anif menjadi orang yang pertama mengucapkan kepadaku…tapi impianku ini menjadi angan-angan sahaja…aku cuma tak nak lagi kehilangan orang yang paling aku sayang iaitu Fariza…walaupun ada masa kata-katanya itu membuatku terguris tapi dialah sahabat yang paling baik dalam dunia ni…hanya tinggal berapa bulan lagi aku mampu bertahan…aku amat berharap buat kali terakhirnya aku dapat melihat wajah Anif walaupun sekejap..itu membuatkan diriku tenang untuk meninggalnya untuk selama-lamanya…”.
Hanya cara ini sahaja Anira akan merasa tenang dengan menulis segala apa yang dilalui dan dirasainya selama ini.Meskipun Anif dapat membaca segala luahannya,adakah Anif akan menyesal dengan perbuatannya itu?sudah tentu tidak kerana baginya Anira tidak begitu penting dalam dirinya.
Tidak diduga luahan hatinya yang ditulis tempoh hari menjadi hari terakhir Anira.Ketika itu,Anira yang bersama Fariza menuju ke kedai buku yang berhampiran sekolahnya kerana ingin membeli beberapa peralatan sekolahnya bagi tahun hadapan.Setelah selesai membayar,mereka menuju keluar dari kedai tersebut sebelum terserempak dengan Anif yang berada di seberang jalan yang kelihatan seperti ingin menuju ke arah mereka.Tanpa Anif duga,sebuah kereta Proton Waja yang dipandu laju semakin hampir ke arahnya.Tanpa berfikir panjang Anira berlari menuju ke arah Anif lalu menolaknya.Fariza yang dalam keadaan terkejut lalui berlari menuju ke arah sahabatnya yang dalam keadaan berlumuran darah.Anif hanya membisu kerana terkejut dengan kejadian itu lalu pergi ke arah Anira yang dipangku oleh Fariza.
“Anira kenapa awak selamatkan saya?”,soal Anif.
“Sebab…saya..sayang..awak.Sayakan pernah bagi tahu..yang saya sanggup…berkorban demi..awak”,jawab Anira dengan nada menahan kesakitan.
“Ya Allah,Anira kenapa ko sanggup gadaikan nyawa ko sendiri demi Anif?”,soal Fariza.
“Anira ko bertahanlah,aku pergi dapatkan dapatkan bantuan.Anif ko temankan Anira dulu”,sambung Fariza lagi.
“Anif..kalau saya dah tak da…awak..jangan sedih ya”,sambung Anira lagi.
“Jangan cakap macam tu Anira…tak baik”,jawab Anif.
“Ya allah..!!”,lafaz terakhir Anira.
“Anira……!!!!!!!!!”,jerit Anif lalu memeluk Anira.
Anira dikejarkan ke hospital dan di temani Anif dan Fariza.
Anira di tempatkan ke ICU kerana keadaannya yang amat kritikal.Fariza begitu kesal terhadap Anif yang tidak mengendahkan perasaan sahabatnya dan sanggup bergadai nyawa demi lelaki yang tidak mempunyai perasaan,sampaikan rahsia yang selama ini dipegangnya terbongkar.
“ Anif ko tahu tak selama ini Anira begitu menderita kerana penyakitnya yang ditanggungnya?!”,soal Fariza.
“Tak,aku betul-betul tak tahu!Fariza cakaplah Anira sakit apa?”,soal Anif.
“Barah Otak tahap ke-4”,jawab Fariza dengan nada sedih.
“ Ya allah,Fariza.Aku betul-betul tak tahu tentang penyakit Anira.”,jelas Anif.
“Memang ler ko tak tahu tentang ini,sebab ko tak pernah nak ambik tahu tentang Anira.Anira telefon ko pun ko tak pernah nak angkat.Aku tahu ko dah pun putus dengan Anira tapi tak de ke kat hati ko itu nak ambil tahu tentang Anira!”,sambung Fariza dengan marah.
“Ko tahu tak apa hajat Anira?Dia nak ko jadi orang pertama yang mengucapkan ucapan hari lahir semasa hari lahirnya meskipun dia dapat mengagak hajatnya itu takkan kesampaian sama sekali sebab dia dapat rasakan masanya tak panjang.Anif kenapalah ko ini kejam sangat?”,sambung Fariza lagi.
“ Maafkan aku Fariza”,jawab Anif.
“ Tak guna ko mintak maaf dengan aku Anif.Anira yang patut ko mintak maaf.Aku cuma kesal sebab aku yang rapat di antara korang”,balas Fariza.
“Nah,ini surat,cincin dan diari Anira yang Anira amanahkan kepada aku untuk diserahkan kepada ko kalau dia dah tak da nanti!”,sambung Fariza lagi lalu pergi meninggalkan Anif.
Di dalam surat itu Anira menulis…

“ Kehadap Anif yang ku kasihi…
Anif..Anira mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika selama hubungan kita ini Anira banyak memaksa atau mendesak Anif…Anira tahu Anira tidak sepatutnya melayan Anif seperti itu…sepatutnya Anira kena jadi sahabat Anif dan lebih memahami Anif…memang Anira tak nafikan Anira memang seorang yang kuat cemburu…sebab Anira sayangkan Anif…Anif,meskipun Anira tahu yang Anif tidak mempunyai perasaan yang Anira rasai terhadap Anif tapi Anif sepatutnya berterus-terang dengan Anira…mata Anif menunjukkan segala-galanya kerana mata Anif tak boleh tipu…Anira ucapkan terima kasih kerana Anif sudi bersama Anira sebelum ini…Anif memang patut dengar cakap ibu Anif supaya kita putus dan tumpukan pada pelajaran…Anira bangga dengan Anif…ialah Anifkan satu-satunya anak lelaki maka Anif menjadi harapan keluarga…tapi Anif janganlah risau Anira paham…Anira ini yang bodoh sebab menagih cinta Anif dan nak jadikan Anif milik Anira seorang…tapi sepatutnya Anif tak patut mulakan dari dulu dan kita tak patut ada hubungan apa-apa pun…Anif…sebenarnya Anira cuma ada berapa hari je untuk hidup sebab Anira mengidap penyakit barah otak…Anira harap Anif jangan terkejut dengan berita ini…Anif…Anira tahu cinta itu tak boleh dipaksa kerana ianya akan datang sendiri..tapi jangan kerana kita tak nak menyakitkan hati mana-mana pihak kita terpaksa korbankan perasaan kita sendiri dan memberi harap kepada orang yang mencintai kita…Anif hargailah orang yang mencintai kita kerana ianya akan datang sekali dalam hidup…akhir kata..Anif jaga diri awak kalau saya dah tak dah ye dan cincin ini Anira serahkan kepada Anif supaya dapat diberikan kepada perempuan yang berjaya membuka pintu hati Anif …sekian..
Wassalam…”
Yang Benar,
Anira

Sebaik sahaja selesai Anif membaca surat itu,Doktor Aryati pun keluar dari bilik pemedahan.Anif menuju terus ke arah Doktor Aryati lalu menanyakan tentang keadaan Anira.Doktor Aryati memberitahu yang Anira………………………

Adakah Doktor Aryati Berjaya menyelamatkan Anira?.......

Adakah Anif menyesal dengan segala yang dilakukannya terhadap Anira?....


Bersambung…


(diharap dapat memberi komen tentang cerita ini)

1 ulasan:

azzam berkata...

asalamualaikum...hye adikku:)...perkenalkan,saye abg kamu,huhu...saye fomr5 smksa tahun 2007:)...kenal ak:P??mybe tak kot...tolong komen sayer balik,byk yg sayer nk ckp pasal smksa sayer dulu:P...nk tyer pasal cikgu2 sumer,ok x..??